Share this post:
Trader aktif sukakan pasaran commodity futures untuk daytrading kerana kecairan tinggi membolehkan mereka masuk dan keluar dengan pantas. Dalam beberapa minit sahaja, trader boleh meraih $200-500 setiap posisi.
Komoditi merujuk kepada bahan mentah atau produk asas seperti minyak mentah, emas, perak, getah dan gandum yang diperdagangkan di pasaran antarabangsa secara pukal untuk tujuan komersial.
Futures, atau pasaran niaga depan pula adalah kontrak kewangan di mana pembeli dan penjual bersetuju untuk berjual-beli komoditi pada harga yang ditetapkan hari ini, tetapi penghantaran dan pembayaran dibuat pada masa hadapan.
Trader boleh menyemak senarai produk futures dan info lanjut di laman sesawang rasmi CME Group.
Contoh Pergerakan Commodity Futures

Bayangkan anda membeli kontrak WTI Crude Oil hari ini pada harga $75 per tong untuk penghantaran 3 bulan akan datang. Jika harga naik ke $80, anda untung $5 per tong.
Dari segi untung rugi, pergerakan $0.01 pada WTI Crude Oil memberi pulangan sebanyak $10 per kontrak. Ini bermakna, hanya dengan pergerakan $5 akan menghasilkan pulangan $5,000 per kontrak.
Kelebihan Futures
Kelebihan utama futures adalah penggunaan leverage yang tinggi. Dengan modal $10,000, trader boleh mengawal kontrak bernilai $100,000. Ini membuka peluang keuntungan yang besar dalam jangka masa singkat.
Kekurangan Futures
Walau bagaimanapun, leverage yang tinggi juga membawa risiko kerugian besar. Pergerakan harga yang kecil boleh mengakibatkan kerugian melebihi modal awal jika tidak diurus dengan baik.

Tak mahu rugi besar dalam futures? Baca artikel: Funding Trader Malaysia: Apa Pilihan Yang Ada Untuk Trader Tempatan?
Modal minimum untuk trading futures agak tinggi, biasanya bermula $10,000. Trader perlu bijak mengurus risiko dan tidak terlalu tamak kerana pasaran futures sangat tidak menentu.
Kesimpulan
Kesimpulannya, futures sesuai untuk daytrading dan menawarkan peluang keuntungan lumayan kepada trader yang berdisiplin. Namun, fahami produk dan risiko dengan teliti sebelum menceburi bidang ini.