Share this post:
Ramai yang tertanya-tanya sama ada mereka boleh mula trade dengan modal yang terhad. Soalan ini menjadi semakin popular terutama dalam kalangan golongan muda yang ingin menceburi dunia trading tanpa perlu keluarkan wang yang besar.
Realitinya, jawapannya adalah ya. Anda memang boleh mula trade dengan modal rendah. Namun, ada beberapa perkara penting yang perlu anda faham sebelum terjun ke dalam arena ini.
Kenapa Ramai Nak Mula Trade dengan Modal Rendah
Bagi kebanyakan beginner, trading dengan modal rendah adalah pilihan paling wajar. Ini bukan semata-mata kerana mereka tidak mampu keluarkan modal besar, tetapi lebih kepada pendekatan berhati-hati untuk 'test the water' sebelum benar-benar terjun ke dalam bidang trading.
Mindset ini sebenarnya sangat sihat kerana trading bukanlah satu aktiviti yang menjamin keuntungan segera.
Apabila seseorang mula trade dengan modal kecil, mereka sebenarnya sedang melindungi diri daripada kerugian yang boleh menjejaskan kewangan peribadi. Bayangkan kalau anda terus masukkan RM50,000 sebagai modal pertama, kemudian dalam masa sebulan sahaja nilai pegangan susut 30% atau 50% akibat kurang pengalaman.
Kesannya bukan sekadar ke atas kewangan, malah boleh menjejaskan emosi dan keyakinan diri. Oleh itu, ramai yang memilih untuk mula trade dengan jumlah yang mereka sanggup rugikan terlebih dahulu.
Selain itu, mula trade dengan modal rendah juga membolehkan trader baru mencuba pelbagai strategi tanpa tekanan yang melampau. Mereka masih ada ruang untuk belajar daripada kesilapan, memahami cara pasaran bergerak, dan membina disiplin tanpa perlu risau kehilangan jumlah yang besar.
Pun begitu, tidak salah untuk memasang impian dan harapan untuk grow lebih jauh. Ramai yang bermula dengan modal kecil sebenarnya bercita-cita untuk mengembangkan akaun mereka secara konsisten melalui keuntungan yang diperoleh dari masa ke masa.
Mula Trade Saham: Berapa Modal Minimum Sebenarnya?
Mula Trade di Bursa Malaysia
Kalau anda nak mula trade saham di Bursa Malaysia, perkara pertama yang perlu difahami ialah kiraan lot. Di Malaysia, satu lot saham bersamaan dengan 100 unit.
Maksudnya, kalau harga satu unit saham ialah RM1.00, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM100 untuk membeli satu lot, belum termasuk caj broker dan kos transaksi lain.
Foto: Bursa Malaysia
Jika harga saham itu lebih tinggi (katakan RM5.00 per unit), maka anda perlukan RM500 hanya untuk satu lot.
Ini menjadikan modal minimum untuk mula trade saham di Bursa Malaysia agak terhad kepada RM500 hingga RM1,000 jika anda hanya ingin membeli saham berharga rendah. Harus diingat bahawa terdapat fee lain yang perlu diambil kira seperti brokerage fee, clearing fee & stamp duty.
Untuk mendapatkan fleksibiliti lebih dan pilihan saham yang lebih berkualiti, modal sekitar RM5,000 hingga RM10,000 adalah lebih realistik. Jumlah ini membolehkan anda melakukan diversifikasi kecil-kecilan dan tidak meletakkan semua telur dalam satu bakul.
Mula Trade di Pasaran Amerika Syarikat (US)
Sebaliknya, jika anda tertarik untuk mula trade saham di pasaran Amerika Syarikat (US), terdapat satu kelebihan besar iaitu fractional shares. Terdapat banyak broker seperti Moomoo dan Webull yang membenarkan anda membeli pecahan saham.
(Moomoo & Webull adalah broker yang berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ketika artikel ini ditulis)
Foto: Moomoo
Maksudnya, walaupun harga satu unit saham Apple atau Tesla adalah $150 USD atau lebih, anda masih boleh beli sebahagian kecil daripada saham itu dengan modal serendah $10 atau $20 USD.
Ini memberikan peluang yang lebih besar kepada trader bermodal kecil untuk mula trade saham global tanpa perlu keluarkan ribuan ringgit.
Mula Trade Options: Perlukan Modal Besar atau Tidak?
Options trading sering dilihat sebagai instrumen yang lebih kompleks dan memerlukan modal yang lebih besar. Namun, realitinya, anda sebenarnya boleh mula trade options dengan modal yang agak rendah, bergantung kepada strategi yang anda pilih.
Kos utama dalam options trading ialah premium, iaitu harga yang anda bayar untuk membeli satu kontrak option.
Ibaratnya anda membeli baucar pizza. Harga yang anda bayar adalah harga baucar, bukan harga pizza. Baucar itu boleh digunakan kemudian untuk menebus pizza pada harga yang tertera di atas baucar, walaupun harga pizza telah dinaikkan 2x ganda!
Maka mudah faham, harga baucar itulah premium.
Premium ini boleh berbeza-beza, bergantung kepada harga saham asas, masa sehingga tamat tempoh, dan volatiliti pasaran.
Kadang-kadang, anda boleh beli satu kontrak call atau put option dengan premium serendah $20 hingga $50 USD. Ini menjadikan options sebagai satu instrumen yang agak accessible untuk trader bermodal kecil, terutama jika mereka memahami cara leverage berfungsi.
Namun, walaupun kos permulaan mungkin rendah, risiko dalam options trading adalah tinggi. Leverage yang ditawarkan oleh options bermakna anda boleh control aset yang lebih besar dengan modal yang kecil, tetapi pada masa yang sama, kerugian juga boleh berlaku dengan pantas.
Jika market bergerak menentang posisi anda, premium yang anda bayar boleh hilang sepenuhnya apabila kontrak tamat tempoh tanpa nilai.
Oleh itu, walaupun anda boleh mula trade options dengan modal kecil, anda perlu berhati-hati dan memahami bahawa ini bukanlah satu cara cepat untuk kaya, sebaliknya ia memerlukan pengetahuan mendalam dan strategi yang betul.
Mula Trade Futures: Adakah Sesuai untuk Modal Kecil?
Futures trading secara tradisinya dianggap sebagai arena untuk trader yang mempunyai modal besar. Ini kerana kontrak futures standard biasanya memerlukan margin yang agak tinggi.
Sebagai contoh, satu kontrak Crude Oil futures (CL) mungkin memerlukan margin sekitar USD6,000 hingga USD10,000 bergantung pada broker dan volatiliti pasaran. Ini sudah tentu bukan jumlah yang sanggup dikeluarkan oleh kebanyakan beginner.
Namun, perkembangan dalam industri trading telah memperkenalkan micro futures, kontrak futures yang lebih kecil saiznya dan memerlukan margin yang jauh lebih rendah.
Sebagai contoh, Micro Crude Oil futures (MCL) hanya memerlukan margin sekitar USD600 hingga USD1,000, menjadikannya lebih accessible kepada trader bermodal kecil.
Walaupun begitu, futures masih dianggap sebagai instrumen yang lebih "capital intensive" berbanding saham atau crypto kerana sifatnya yang leveraged dan pergerakan harga yang pantas.
Selain margin, terdapat juga kos lain yang perlu diambil kira apabila anda mula trade futures. Kos seperti delivery fees, rollover costs, dan spread boleh menjejaskan keuntungan bersih anda, terutama jika anda trading dengan modal kecil.
Oleh itu, walaupun micro futures membuka peluang untuk trader bermodal rendah, ia masih memerlukan pemahaman mendalam tentang cara pasaran futures berfungsi dan disiplin yang tinggi dalam pengurusan risiko.
Anda mungkin berminat: Cara Trade Futures di Malaysia
Mula Trade Crypto: Serendah $10 USD Pun Dah Boleh
Jika anda benar-benar ingin mula trade dengan modal yang sangat kecil, cryptocurrency mungkin pilihan paling sesuai. Platform seperti Luno membenarkan pengguna untuk membeli pecahan koin (fractional coin) dengan jumlah serendah $10 USD atau bahkan lebih rendah.
(Luno adalah broker yang berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ketika artikel ini ditulis)
Ini bermakna anda tidak perlu tunggu sehingga ada modal RM10,000 untuk beli satu Bitcoin. Anda boleh beli 0.001 BTC atau lebih kecil lagi.
Kelebihan utama crypto trading ialah akses yang sangat mudah dan modal permulaan yang minima. Anda hanya perlu buka akaun di exchange, verify identiti, dan anda boleh terus mula trade.
Selain itu, pasaran crypto beroperasi 24/7, memberikan fleksibiliti kepada trader untuk trade pada bila-bila masa mereka mahu.
Fractional ownership juga membolehkan anda mendiversifikasi portfolio walaupun dengan modal yang kecil.
Contohnya, anda boleh beli sedikit Bitcoin, Ethereum, dan beberapa altcoin lain dengan modal $100 USD.
Namun, volatiliti dalam pasaran crypto adalah sangat tinggi. Harga boleh naik atau turun 10% hingga 20% dalam masa sehari, malah lebih dalam sesetengah kes. Ini bermakna walaupun potensi keuntungan adalah besar, risiko kerugian juga sama besarnya.
Bagi trader bermodal kecil, satu pergerakan harga yang mendadak boleh menelan modal mereka dalam masa singkat jika tidak berhati-hati.
Oleh itu, walaupun crypto adalah pilihan yang menarik untuk mula trade dengan modal rendah, ia memerlukan pemahaman yang baik tentang pengurusan risiko dan kesediaan untuk terima volatiliti yang tinggi.
Mula Trade Dengan Akaun Practice Dahulu
Sebelum anda benar-benar mula trade dengan wang sebenar, sangat penting untuk mengasah skill anda terlebih dahulu melalui akaun demo / practice / paper trade. Akaun demo adalah simulasi trading di mana anda boleh buat transaksi menggunakan wang virtual tanpa risiko kehilangan wang sebenar.
Kebanyakan platform trading seperti TradingView, dan broker-broker utama menyediakan kemudahan paper trading atau demo account secara percuma.
Foto: Fungsi paper trading dalam Tradingview
Kepentingan akaun demo tidak boleh dipandang ringan. Ia membolehkan anda membiasakan diri dengan platform trading, memahami cara membuat order, set stop loss dan take profit, serta mencuba pelbagai strategi tanpa tekanan kewangan.
Selain itu, akaun demo juga membantu anda memahami pergerakan pasaran dan membina keyakinan sebelum melibatkan wang sebenar.
Namun, terdapat satu perbezaan besar antara akaun demo dan real account iaitu daripada sudut psikologi. Apabila anda trade dengan wang virtual, tidak ada rasa takut atau tamak yang wujud kerana tiada wang sebenar yang dikorbankan.
Sebaliknya, apabila anda mula trade dengan wang sebenar, emosi seperti takut rugi, tamak nak untung lebih, dan panik apabila harga bergerak menentang anda akan mula mempengaruhi keputusan anda.
Inilah sebabnya ramai trader yang perform dengan baik di demo account tetapi gagal apabila beralih ke real account.
Oleh itu, walaupun demo account adalah tempat yang bagus untuk bermula, anda perlu sedar bahawa transisi kepada real account memerlukan mental preparation dan disiplin yang lebih tinggi.
TradingView menyediakan platform paper trading percuma yang sangat berguna untuk beginner mencuba strategi mereka sebelum commit modal sebenar.
Kesilapan Biasa Newbie Bila Mula Trade dengan Modal Kecil
Ramai trader baru yang mula trade dengan modal kecil membuat kesilapan yang sama, dan ini sering menyebabkan mereka kehilangan modal dalam masa yang singkat.
Salah satu kesilapan paling biasa ialah overtrade, iaitu membuat terlalu banyak transaksi dalam masa yang singkat. Mereka fikir dengan trade lebih kerap, peluang untuk untung akan lebih besar. Namun, realitinya, setiap transaksi melibatkan kos seperti spread dan komisen, dan semakin banyak anda trade, semakin banyak kos yang terpaksa ditanggung.
Kesilapan kedua ialah menggunakan lot size yang terlalu besar berbanding modal yang ada. Ramai beginner tergoda untuk gunakan leverage maksimum atau size position yang besar kerana mereka nak cepat kaya. Mereka tidak sedar bahawa dengan lot besar, satu pergerakan kecil yang menentang mereka boleh menghanguskan modal dengan pantas.
Contohnya, kalau modal anda hanya RM1,000 tetapi anda gunakan lot size seolah-olah modal anda RM10,000, satu margin call boleh berlaku dalam masa sejam jika market bergerak menentang anda.
Kesilapan ketiga ialah tidak menjaga risk-reward ratio. Ramai trader baru tidak kisah tentang berapa banyak mereka sanggup rugi berbanding berapa banyak mereka harap untung. Mereka masuk trade tanpa set stop loss, atau mereka set target profit yang tidak realistik. Akibatnya, mereka sering rugi besar tetapi untung kecil, yang menyebabkan overall portfolio mereka terus merudum walaupun winning rate mereka mungkin lebih 50%.
Akhir sekali, mindset nak cepat kaya adalah punca utama kegagalan. Ramai yang mula trade dengan harapan boleh gandakan modal dalam masa sebulan atau dua. Apabila expectation terlalu tinggi, mereka akan take unnecessary risks, masuk trade tanpa analisis yang betul, dan akhirnya kehilangan modal.
Trading sebenarnya adalah proses yang perlukan masa, kesabaran, dan konsistensi.
Anda mungkin meminati: Tips Menjadi Trade Yang Konsisten & Menjaga Emosi
Tips Praktikal Mula Trade Tanpa Tekanan
Untuk mula trade dengan modal kecil tanpa tekanan, yang paling penting ialah tetapkan target yang realistik. Jangan expect untuk gandakan modal dalam masa singkat. Sebaliknya, fokus kepada konsistensi dan pembelajaran.
Sebagai contoh, tetapkan target untuk profit 5% hingga 10% sebulan sahaja. Ini mungkin kelihatan kecil, tetapi dalam jangka panjang, konsistensi ini akan membina keyakinan dan skill anda.
Anggap sahaja fasa awal trading anda sebagai learning phase, bukan sebagai jalan untuk kaya segera. Setiap trade yang anda buat, sama ada untung atau rugi, adalah satu peluang pembelajaran.
Analisis semula setiap trade: kenapa anda masuk position, apa situasi yang menjadi, dan apa yang boleh diperbaiki. Dengan cara ini, anda akan menjadi trader yang lebih baik dari masa ke masa.
Satu lagi tip penting ialah pastikan profit-loss (P/L) ratio anda sentiasa berbaloi. Idealnya, anda nak risk RM1 untuk potential reward RM2 atau RM3.
Dengan risk-reward ratio yang baik, anda tidak perlu winning rate yang terlalu tinggi untuk untung secara keseluruhan.
Contohnya, jika risk-reward ratio anda adalah 1:3, walaupun winning rate anda hanya 40%, anda masih boleh profit dalam jangka panjang. Ini memberikan ruang untuk anda membuat kesilapan sambil masih kekal profitable.
Jangan kejar untung besar dengan cepat. Sebaliknya, fokus kepada membina strategi yang solid, ikut disiplin dalam set stop loss dan take profit, dan jaga emosi anda.
Trading adalah marathon, bukan sprint. Mereka yang berjaya dalam trading adalah mereka yang konsisten, berdisiplin, dan sanggup belajar daripada kesilapan.
Adakah Modal Rendah Menyekat Potensi Profit?
Jawapan jujurnya ialah ya. Modal rendah memang ada limitation dari segi potensi profit. Ini adalah matematik yang simple. Kalau modal anda hanya RM1,000 dan anda profit 10% dalam sebulan, anda hanya dapat RM100. Berbanding kalau modal anda RM100,000 dan profit 10%, anda dapat RM10,000.
Jadi dari segi nilai mutlak, modal besar memang berpotensi jana keuntungan yang lebih besar.
Selain itu, modal kecil juga menyukarkan proses compounding dengan laju. Compounding adalah konsep di mana anda reinvest keuntungan anda untuk jana lebih banyak keuntungan.
Tetapi bila modal terlalu kecil, setiap keuntungan yang diperoleh juga kecil, jadi masa yang diperlukan untuk grow modal anda secara signifikan adalah lebih lama.
Contohnya, untuk gandakan modal RM1,000 kepada RM2,000 mungkin ambil masa beberapa bulan atau setahun bergantung kepada strategi dan konsistensi. Tetapi untuk gandakan RM100,000 kepada RM200,000, walaupun percentage sama, impaknya jauh lebih besar.
Namun, bukan bermakna modal kecil tidak ada kelebihan. Sebenarnya, modal kecil adalah tempat terbaik untuk belajar. Anda boleh buat kesilapan tanpa rugi jumlah yang besar, dan anda boleh mencuba pelbagai strategi tanpa tekanan yang melampau.
Proses pembelajaran ini adalah invaluable, kerana skill dan pengalaman yang anda dapat akan sangat berguna apabila modal anda bertambah kemudian hari.
Realitinya, ramai trader yang berjaya bermula dengan modal kecil. Mereka fokus kepada belajar, membina strategi yang solid, dan meningkatkan modal mereka secara konsisten dari masa ke masa.
Jadi walaupun modal rendah ada limitation, ia bukanlah penghalang kepada kejayaan jangka panjang.
Peranan Prop Firm & Funding Account untuk Trader Bermodal Kecil
Bagi trader yang serius ingin mula trade tetapi terhad dari segi modal, prop firm atau proprietary trading firm boleh menjadi satu penyelesaian yang menarik. Prop firm adalah syarikat yang menyediakan capital kepada trader untuk trade, dan sebagai balasan, trader perlu berkongsi sebahagian daripada profit yang mereka jana (profit sharing).
Konsep ini memberikan peluang kepada trader bermodal kecil untuk trade dengan akaun yang besar tanpa perlu keluarkan modal sendiri.
Anda perlu lulus satu penilaian atau challenge yang ditetapkan oleh prop firm. Challenge ini biasanya melibatkan mencapai target profit tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan, sambil tidak melanggar peraturan seperti maximum drawdown atau daily loss limit.
Setelah lulus challenge, anda akan diberi funded account untuk anda uruskan. Contohnya akaun bernilai $50,000, $100,000, atau lebih untuk anda trade.
Kelebihan utama prop firm ialah anda boleh mula trade dengan modal besar tanpa risiko kehilangan wang sendiri. Jika anda rugi, kerugian itu ditanggung oleh prop firm (dalam kebanyakan kes, selepas anda bayar fee untuk challenge).
Jika anda profit, anda akan dapat sebahagian daripada profit tersebut, biasanya dalam ratio 70:30, 80:20, atau bahkan 90:10 bergantung kepada syarikat.
Namun, anda perlu berhati-hati dan buat research sebelum sertai mana-mana prop firm kerana tidak semua firm adalah sah atau adil dalam terma mereka. Pastikan anda baca terma dan syarat dengan teliti, dan pilih firm yang mempunyai reputasi baik dalam industri.
Konsep profit sharing ini adalah satu jalan pintas yang bagus untuk trader bermodal kecil yang confident dengan skill mereka tetapi tidak sanggup risikokan capital besar untuk trade.
Dengan prop firm, anda boleh fokus kepada trading tanpa perlu risau tentang modal, dan jika anda perform dengan baik, ini boleh menjadi satu sumber pendapatan yang lumayan.
Artikel berkenaan program funded: Funding Trader Malaysia: Apa Pilihan Yang Ada Untuk Trader Tempatan?
Mula Trade Hari Ini!
Mula trade dengan modal rendah adalah possible, malah ia adalah pendekatan yang bijak untuk kebanyakan beginner. Yang penting adalah anda faham limitation modal kecil, set expectation yang realistik, dan fokus kepada pembelajaran dan pembinaan skill. Dengan masa, disiplin, dan strategi yang betul, modal kecil anda boleh berkembang secara konsisten.
Selamat mula trade!