Share this post:
Setiap kali berlaku konflik atau perang di dunia, ramai trader akan terus buat satu assumption: “Gold confirm akan terbang.”
Secara teori memang betul. Gold dikenali sebagai safe haven asset. Bila dunia jadi tidak stabil, pelabur biasanya akan lari kepada aset yang lebih selamat seperti emas.
Tapi realiti market sebenarnya lebih kompleks daripada itu. Ada beberapa faktor besar yang menyebabkan kadang-kadang perang berlaku, tetapi harga gold tidak “fly” seperti yang trader jangkakan.
1. Market Sudah “Price In” Lebih Awal
Kadang-kadang konflik sudah dijangka oleh institusi besar sebelum berita sampai kepada trader retail. Jadi apabila berita perang keluar, harga sudah pun bergerak lebih awal. Sebab itu kita nampak market seperti tidak react besar walaupun berita nampak serius.
2. Dollar Lebih Kuat
Gold mempunyai hubungan rapat dengan US Dollar. Jika berlaku perang tetapi pada masa yang sama USD menjadi lebih kuat, ini boleh menyebabkan harga gold terhad kenaikannya atau bergerak sideways.
3. Liquidity & Institutional Positioning
Market sebenarnya digerakkan oleh institusi besar. Mereka bukan hanya melihat berita perang, tetapi juga: interest rate, liquidity global, risk sentiment, dan positioning market.
Sebab itu kadang-kadang walaupun headline berita nampak besar, pergerakan market tetap ikut struktur teknikal dan order flow.
Khas Untuk Trader
Jangan trade hanya berdasarkan headline berita. Market bukan bergerak hanya kerana perang atau news.
Trader yang konsisten biasanya melihat gabungan: structure market, liquidity, institutional behaviour dan technical confirmation.